Wednesday, January 18, 2012

gambar kenangan suatu ketika aku bergelar residen kolej kediaman E, UMS


Salam persahabatan viewers...

saat berganti minit,
minit berganti jam,
jam berganti hari,
hari berganti minggu,
minggu berganti bulan,
bulan berganti tahun,
dan seterusnya...

adakah cabaran ini terlalu mencabar?
adakah dugaan ini terlalu menduga?
adakah ujian ini terlalu menguji?

aku tidak punya jawapan untuk semua itu, yang aku pasti aku sedang diuji, ya ini satu ujian. teringat kata-kata yang terlupa usulnya " kesabaran itu bukan dilihat hanya dari kamu mengatakan aku sedang bersabar, tapi adalah bagaimana kamu bertindak untuk mengatasi  perkara yang sedang menguji kesabaran kamu". 


aku akan terus bersabar dan bersabar, sampaikan pada saatnya nanti perkara yang menguji kesabaran aku itu akan 'fed-up' dengan sendirinya untuk terus menguji aku. semoga dengan kesabaran ini, Allah akan tunjukkan kepadaku hikmahnya...HIKMAH disebalik sebuah KESABARAN.


amin_







Monday, January 16, 2012

aku di sini

Sandakan The Nature City

Assalammualaikum para viewer...

sebelum ni post agak beremosi sedikit, tapi kali ni entry sekadar bertujuan mengisi kesunyian blog. 

semalam ku di sana, hari ini aku disini, tempat aku dilahirkan, tempat ku dibesarkan, tempat yang penuh dengan kenangan, indah, suka dan duka, tempat mengajar aku erti pengalaman hidup. SANDAKAN. since konvokesyen hari tu dah start memerap di KK, sampailah 15hb baru-baru ni baru return ke Sandakan.

Fisrt entry untuk tahun baru di tanah tumpah darahku. nothing special untuk entry kali ini. keadaan yang sunyi sepi, hanya deruan angin yang kedengaran, sayup ombak memecah kesunyian malam, bot-bot nelayan yang jelas kedengaran menongkah arus, indahnya suasana ini, sangat indah untuk menghasilkan idea nukilan yang penuh dengan makna-makna indah.   

Sunyi kampungku, tenang, aman dan damai. inilah kehidupan yang di cari, inilah keindahan yang ingin dimiliki, jauh dari kesibukan kota, jauh dari bingit kemodenan, tapi cukup untuk mententeramkan jiwa anak muda yang gusar. setelah lama membiarkan jiwa diisi dengan kekusutan masalah, inilah masanya untuk mendapatkan terapi secara percuma. dengan menikmati suasana malam yang sungguh tenang, suda cukup untuk merehatkan minda dan menyegarkan kotak fikiran.


~SANDAKAN~

Saturday, January 14, 2012

dah 'jumpa' mesti relakan 'pisah'


butterfly versus chocolate

Dalam Bahagia Allah Sisipkan Duka,
Agar Kita Tahu Ada Hikmah Disebalik Esakan Air Mata,
Dalam Harap Allah Menyisipkan Resah,
Agar Kita Sedar untuk Mengiringi Doa dengan Penuh Pasrah,
Dalam Juang pun Allah Meletakkan Lelah,
Agar Kita Ingat Betapa Mahalnya Istiqomah,
Tiada Allah Ciptakan Sesuatu dengan Sia-Sia,

ayat indah dia atas dipetik dari laman kisah wanita 
.
.
.

ayat yang agak pelik di bawah disediakan oleh empunya blog:
setiap yang berlaku pasti ada tersiratnya hikmah yang kita sendiri tidak ketahui dan mana mungkin kita dapat meramal apa yang berlaku di hadapan kita melainkan dari Dia Yang Maha Mengetahui. Sebaiknya kita sebagai insan yang serba kekurangan ini melalui segala dugaan hidup dengan sabar dan tabah.

setiap titik pertemuan semestinya turut serta bersama ialah detik perpisahan, namun tidak semua perpisahan menjanjikan derita. perpisahan bukanlah perkataan yang kita sepatutnya hindari dari hidup kerana perpisahan juga mempunyai 'tujuan' untuk hadir dalam hidup kita. Terpulang pada kesediaan dan persepsi individu untuk menilai 'kehadiran' si perpisahan.

selamat datang 'perpisahan'...tidak ku kesali kehadiranmu, tidak pula ku hasrati kedatanganmu. Namun aku sedar akan kewujudanmu yang pasti akan menghiasi setiap kehidupan di dunia ini. Sila berlaku baik kepadaku wahai perpisahan. Aku bergantung harap kepadamu untuk aku kuat berdiri teguh disampingmu. Aku sedar kewujudanmu menjanjikan ku bersendiri. Namun harus kau sedar wahai perpisahan, engkau hanya bermaharajalela pada yang sifatnya fizikal tapi engkau tidak berkesan pada KUASA HATI.

aku bersedia untuk melaksanakan perpisahan 'kecil' ini, dan aku menantikan pertemuan penuh makna di kemudian hari. tenanglah hati, ku mengerti gusarmu akan saat dan tika ini, semakin kau mengenali ertinya sabar, semakin indah kau menjadikan sesuatu hubungan.

(^^,)v 
dedicated to someone...below the wind...




Thursday, January 12, 2012

Hatiku vs Hati mereka

salam ukhwah viewers!!!



my cute baby, aunty pinjam ur pic for this entry ya...dn worry ur prezent for sweet 1st year oredy in the waiting to deliver list...hope u like it baby!
.
.
.
.
.


kekadang mulut mengatakan sesuatu yang belum pasti adakah hati juga mengakuinya...
kekadang mulut pantas mengeluarkan sedangkan hati masih cuba mentafsirnya...
kekadang mulut bicara tanpa usul periksa sedangkan hati tengah berhitung kira soal ketelusannya...

kenapa kekadang kita sukar fahami keinginan sendiri, kita sukar fahami kehendak sendiri, dan paling sukar untuk penuhi kehendak sendiri...

menurut pendapat sy sendiri, tiada kena mengena dengan pendapat pakar ulama, pakar psikologi, pakar motivasi dan segala pakar. ini sudut pandangan c ayie saja yang suka-suka bagi pendapat.

sering kita terdengar "buat apa mau jaga hati orang lain, sedangkan hati sendiri x terjaga?" siapa boleh tolong sy explain more detail. knp perlu kita ignore others dan fikirkan diri sendiri?

sememangnya terdapat certain perkara yang kita perlu berkeras untuk memastikan apa yang kita inginkan tercapai. tapi ada certain perkara yang kita perlu korbankan hati sendiri untuk menangkan hati orang lain. sememangnya dalam hidup berkonsepkan roda ini, kita akan sentiasa mengalami putaran yang menentukan bila kita berada di atas dan bila pula kita berada di bawah. dalam menentukan sesuatu keputusan kita perlu juga melihat ke arah sekeliling, mentafsir adakah keputusan yang kita ingin lakukan hanya melibatkan diri kita sendiri ataupun keputusan itu melibatkan ramai pihak? jangan terlalu tunduk dan hanya melihat diri sendiri, sekali sekala tenunglah keindahan alam ini, dan manusia yang menghiasinya.

sesungguhnya membahagiakan hati orang lain itu balasannya adalah pahala dan memenuhi keinginan diri itu hasilnya adalah kepuasan. walau apapun berbaliklah kepada niat kita, sekiranya keputusan yang ingin dibuat itu telah ditimbang baik buruknya, why not kita tidak teruskan. semoga apa yang kita lakukan diredhai Allah dan dipermudahkanNya.

sejujurnya dikala dan saat ini, saya sangat sedih, sedih yang hanya diketahuiNya. tapi siapala kita untuk mengubah takdirnya. kita hanya mampu merancang namun Dia penentu segala. sy hanya mampu berfikiran positif dan mengharapkan hikmahNya. ya, sy inginkan balasan diatas semua ini. sy inginkan hikmah disebalik ujianNya ini.

Hanya kepadaMu, Ya Allah..kami meminta diberikan kekuatan untuk menghadapi segala duga hidup...





Monday, January 9, 2012

1000+ perkara OSEM dalam hidup


Assalammualaikum n Hai Viewers


lain macam tajuk entry kali ni kan. entri kali ni ada kaitan dengan buku Neil Pasricha berkenaan 1000 AWESOME things happen in a life.

Sebenarnya sy bukan nak reveal apa yang ada dalam buku tu, cuma aplikasikan isi kandungan buku dalam kehidupan kita khususnya kehidupan sy. Selepas baca buku tu, sy refresh balik kehidupan dahulu dan sekarang. "kenapa aku jadi mcm ne?"..."kenapa aku x jadi mcm dia?"..."knp aku x buat mcm tu?"..."knp aku buat mcm ni?"...ayat2 yg sentiasa bermain di fikiran bila terjadinya perkara yang sy x suka ataupun sy regret sesuatu perkara. 

after baca beberapa entri dalam buku tu, terbuka jugalah minda ni untuk pandang sesuatu dari sudut yang positif. seremeh-remeh sesuatu perkara pun, bila ia buat kita tersenyum itu bukanlah perkara remeh. tapi itu perkara Ousem!!!...bila mana sebagai contoh, pada suatu ketika kita nak masuk tandas awam yang perlu bayar 20sen, tapi kita tahu dalam wallet hanya ada kepingan rm50, yang ousemnya bila pada masa yg sama kat poket seluar ada syiling 20sen yang selama ni kita xtahu pun ada kat situ. confirm, masa ni kita say 'alhamdulillah'...xkanla nak bagi rm50 dengan makcik jaga tandas tu kn...percuma kena perli nanti.

di sini sy nak share beberapa perkara Ousem yang pernah happened dalam hidup sy, itupun yang sy still ingat lagi. perkara yang remeh pada sy tapi hakikatnya benda-benda remeh ne la sebab dan musabab untuk kita tersenyum...semestinya certain perkara ne pernah happen dengan viewer  juga kn...so lets enjoy the perkara remeh n make sure lepas ne kita hargai segala perkara remeh ni ok!


OuSem-OuSem in my Life
kisah masa kat asrama/hostel smk sandakan, susah sangat nak manage masa masa hidup kat asrama ni. setiap hari mesti dok fikir mcm mn nak jadikan setiap aktiviti berjalan lancar. fenomena yg sering buat sy down masa nak mandi...mesti kena 'booking' dl..."lepas kamu mandi ada orang x?"..."lepas aku mandi c anu binti anu yang mandi..".perghhh..boleh2 booking tempat mandi awam...yang ousemnya, bangun awal pagi, matahari pun blum muncul lagi, tgk kolah mandi di bawah banyak 'empty space'...jenguk toilet pun kosong..."yes hari ne aku siap awal nak g skolah"...perkara sekecil zarah yang mampu buat sy tersenyum dan tak mustahil buat sy ketawa kecik masa tu...(^^,)yeah that is ousem...


kisah menaiki bas, naik bas masa kat U memang skema berabis...siap ada barisan lagi.hebat la kan, memang patut pun buat gitu untuk membentuk disiplin pelajar, yang x bestnya kita dah baris dan barisan tu pun dah panjang yang boleh masuk Book of Records, bila ada student yang baru turun dari hostel dengan rileknya terus menuju ke barisan hadapan tanpa segan silu dan tanpa rasa bersalah. "thats my fren"...mentang2 kawan ko dah baris kat depan, ko secara otomatiknya boleh potong line la...sgt x ousem kan. tapi yg ousemnya, bila bas dah sampai, sy tgk ramai sgt orang berpusu-pusu naik bas ne, sempat ke tak sempat sy naik bas ni. barisan jauh kat belakang, bas boleh muat 40 orang je...dup dap-dup dap-dup dap...degupan jantung.... yeah! dapat tmpt duduk kosong yang terakhir, sy adalah penumpang ke 40 yg dapat empty seat untuk di labuhkan punggung. leganya...xpayah nak bdiri dengan buku setebal 3 inci kat tangan, beg laptop sekilo lebih x termasuk dengan benda lain yang sy sumbat kat dlm beg tu.

kisah di jalan raya, honestly sy pemandu kategori P, yang seharusnya menuruti segala peraturan/undang2 jalan raya bagi mengelakkan lesen sy digantung. sy seorang yang cuba meminimumkan penggunaan jalan raya selama 2 tahun dengan tujuan sy tidak terikat dengan undang2 pengguna jalan raya P. tapi sy adalah pemandu yang akan menggunakan sticker P walaupun umur sy mencecah 50 tahun, Insyaallah. (^^,)...apa yang ousem masa kat jalan raya, lebih2 lagi kita adalah sebagai pemandu di atasnya. yg ousemnya bagi sy sgt banyak ya, tapi yg sangat ousem ialah bila keadaan jalan raya tenang dan kurang kenderaan, tenang disini sy describe kn sebagai sy boleh potong kereta tanpa perlu tggu masa yang sesuai, sy boleh masuk lorong tanpa perlu turn on signal sy dengan jangka masa yg lama. dan pada masa ini juga frekuensi untuk org belakang hon atau cucuk kita adalah minimum. yeah ousemnya keadaan ini kepada seorang amatur yang mempunyai huruf P pada sisi depan dan belakang keretanya. (^^,) 

kisah kat hostel sebuah U, dulu masa mula-mula masuk U sy x terfikir pun akan wujudnya kes baju hilang. lebih tragik la sy kata kes curi baju. sy rasa dan sy yakin setiap U tidak ketinggalan dengan isu ini. menghairankan bukan bila wujudnya kes pelajar U curi baju rakan lain. x senonoh betul. mungkin juga ada yang tuduh studen tu yang tggl kat bilik atas yg curi ni, ataupun student tu yg tggl kat bilik bawah, x kurang juga yang tuduh makcik cleaner kot, tuduh sesiapa pun, baju dah hilang nak buat mcm mn kan. hanya mampu menggelengkan kepala melihat mangsa-mangsa kejadian yang terpekik mamaki hamun pemangsanya. yg Ousemnya...baju sy x pernah kena curik pun masa tinggal kat hostel, jgn mula nak tuduh sy pla pencuri baju rakan lain. senang je tips supaya baju x kena curi ni... jangan jemur baju branded korag kat ampaian public tu. beruntung orang yg sidai baju murah2 mcm sy...(^^,)
.
.
.
.
.
.


banyak lagi perkara ousem dalam kehidupan ni, tapi entry kali ne cukup 4 dulu sy selitkan, the rest  nnt sy kongsi untuk next entry. semoga entry kali ni ada yang buat viewer sy tersenyum. senyuman itu menandakan yg kt ada kisah ousem yang serupa. hope lepas ne, sekiranya ada perkara yang kita rasakan remeh tapi mampu buat kita tersenyum, itu adalah perkara yang hebat sebenarnya. keadaan ini akan mengajar kita untuk berprasangka baik ke atas setiap perkara. 


Ousem kan diri anda dengan perkara-perkara yang Ousem

Sunday, January 8, 2012

My saturday great story


Assalammualaikum...

semalam is my best moment untuk aktiviti 'hang-out' for this 2012...member terbaik since masuk ums dan yang terbaru since 2010...

semalam sabtu kan, so sabtu sy memang jenis suka hang-out, kalau x hang out rasa macam bosan giler di rumah ni. any aktiviti pun bolehla yang penting keluar dari keboringan rumah. selalunya kalau malas nak g jalan kat cp, 1b, suria sabah, or any interesting place, kami pergi memancing...yeah memancing...tu memang hobi sy....tapi semalam sy hang out dgn my besties najos, sudir (pok), n for sure my hanip.

group 4 orang ne bukan group 'couple' ok...ne group memang asli punya 'persahabatan'....since najos ialah kwn baik sy, sudir kawan baik hanip...so kami 4orang secara otomatik jadi kawan yang baik-baik saja...memang best keluar dengan diorang ne. mulut x lekang dengan ketawa...senyum apatah lagi...semalam aktiviti kami actually untuk menyerbu sebuah lori
di bawah jejantas berdekatan KK plaza...here it is:


Durians...hari ni br sedar rupanya sy 'hantu durian'

misi menghabiskan durian...wah nikmatnya durian dimakan bersama kawan2...hilang malu dan segan...perasaan yg wujud cuma mau lepas gian dengan durian...teruknya sikap kn...walau apapun terjadi yg penting kita happy!
mari layan gambar lg...


durian pilihan anip n sudir...x pro dalam pemilihan durian yang baik...rasanya dalam 8 ulas durian tu x masuk perut....
.
.
.

muka happy childish girls yang kena blnja durians...1st round just dua biji durian
.
.
.

sedapnya dan licin habis ...

first round memang rasa x puas makan buah durian ne...rasanya mau tambah lagi ne dalam 2biji macam tu...hehe..memalukan sungguh...sudir pun cabar kami pilih buah durian yang cantik isinya, x macam dorang pilih tadi...syg 8 ulas tu..membazir namanya... mari tengok durian pilihan tangan kami:

yeah! cantik durian pilihan kami ne...kecil tapi sedap dan tebal...nyum3
.
.
.

disebabkan di sandakan jarang makan ne barang...so sy berabis di kk...macam di kk...^^
.
.
.

kredit to both of u guys...thanx ya belanja ne durians...tapi 2nd round kamu say thanx sm sia pla..hehe

kenyang gila makan durian tu...nasib x mabuk...lepas makan durian kami p cari sotong bakar....my favourite dish...paling terharu kali ni makanan semua licin kecuali sayur kangkung masak belacan...yang teruknya mcm mn bole lupa ambil gambar...hilang suda kenangan kami 4 orang...aduh...apapun thanx kepada anip dan sudir atas kesudian melayan nafsu makan kami dua orang ni ya...next time sy belanja...(mesti kamu x percaya)...hehe

ok kawan2 yang tersayang...gambar terakhir untuk entry ni for 'santapan' kamu...peace!


cantik kan....^^


Tuesday, January 3, 2012

Semangat 2012

Salam...


cute smiley heart face...

syukur alhamdulillah...pagi ni diberi rezeki untuk membaca kenyataan akhbar yang membuatkan hati tersenyum, bukan mulut je yang tersenyum yea...tapi turut terkesan di hati juga. kenyataan akhbar berita harian online edisi 3 Januari 2012. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/7_000graduanISMPditemuduga/Article. inilah artikel yang sememangnya membuatkan 7000 graduan pendidikan bersemangat pagi ini. insyaallah urusan temuduga dan seterusnya urusan posting akan mula diuruskan oleh pihak kementerian pendidikan dan suruhanjaya perkhidmatan pelajaran mulai bulan ini. menurut kenyataan juga interview akan dilaksanakan pada januari 2012 dan urusan penempatan dilaksanakan pada mac 2012.

syukur alhamdulillah, sy sgt bersyukur membaca kenyataan ini, terubat sedikit rasanya keresahan hati yang sejak bulan 5 tahun lalu bersarang di hati. muda2han segalanya dipermudahkan hinggalah nama sy dan semua rakan graduan tersenarai untuk ditempatkan di mana-mana sekolah. sesungguhnya itu adalah impian kami semua, impian graduan pendidikan yang selama 4 tahun berhempas pulas untuk tujuan mendapatkan hak untuk menjadi seorang guru.

semoga lepas ne, waktu dan saat untuk menghadiri temuduga akan terpapar dimana2 laman media untuk santapan graduan pendidikan. marilah sama2 mulakan hari ini dengan semangat juang untuk menjadi bakal guru yang cemerlang di bidang masing2. InsyaAllah.

jangan lupa siapkan diri dengan kelengkapan supaya mudah untuk kita menerima segala serangan para penemuduga nanti..hehe.

Alhamdulillah, Terima Kasih Allah atas senyuman yang Engkau berikan padaku di pagi ini.