cute smiley heart face...
syukur alhamdulillah...pagi ni diberi rezeki untuk membaca kenyataan akhbar yang membuatkan hati tersenyum, bukan mulut je yang tersenyum yea...tapi turut terkesan di hati juga. kenyataan akhbar berita harian online edisi 3 Januari 2012. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/7_000graduanISMPditemuduga/Article. inilah artikel yang sememangnya membuatkan 7000 graduan pendidikan bersemangat pagi ini. insyaallah urusan temuduga dan seterusnya urusan posting akan mula diuruskan oleh pihak kementerian pendidikan dan suruhanjaya perkhidmatan pelajaran mulai bulan ini. menurut kenyataan juga interview akan dilaksanakan pada januari 2012 dan urusan penempatan dilaksanakan pada mac 2012.
syukur alhamdulillah, sy sgt bersyukur membaca kenyataan ini, terubat sedikit rasanya keresahan hati yang sejak bulan 5 tahun lalu bersarang di hati. muda2han segalanya dipermudahkan hinggalah nama sy dan semua rakan graduan tersenarai untuk ditempatkan di mana-mana sekolah. sesungguhnya itu adalah impian kami semua, impian graduan pendidikan yang selama 4 tahun berhempas pulas untuk tujuan mendapatkan hak untuk menjadi seorang guru.
semoga lepas ne, waktu dan saat untuk menghadiri temuduga akan terpapar dimana2 laman media untuk santapan graduan pendidikan. marilah sama2 mulakan hari ini dengan semangat juang untuk menjadi bakal guru yang cemerlang di bidang masing2. InsyaAllah.
jangan lupa siapkan diri dengan kelengkapan supaya mudah untuk kita menerima segala serangan para penemuduga nanti..hehe.
Alhamdulillah, Terima Kasih Allah atas senyuman yang Engkau berikan padaku di pagi ini.

No comments:
Post a Comment