Saturday, February 21, 2015

demi masa depan







salam.....




really-truly-honestly-sincerely- miss this moment

gambar di atas hanyalah sebagai pembuka selera dan sememangnya sy merindui hidup sebagai seorang pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah dan pelajar kampus UMS. sememangnya moment sebagai seora
ng pelajar adalah yang terind
ah...sangat-sangat indah.


tapi sy da grad pn...rindu tu mmgla smua orang komfom rindu masa study dl, sangatlah bersyukur diberi peluang dan rezeki utk continue belajar samapi degree. alhamdulillah...

hari ne sy post entry sbb otak da hang, too much to read guys..
.walaupun tarikh, tempat, masa temuduga belum ditetapkan tapi all of us (graduan pendidikan) sudah mula agaknya membelek buku, nota2 lama dan tidak ketinggalan mengunjungi laman sesawang untuk mencari maklumat sebagai persediaan temu
duga. its not easy as i thought. sy sangat suka page 'Keluhan Graduan Pendidikan' kat facebook, everyday akan update benda yang memberi manfaat kepada ahlinya. dan setiap masa dorang update apa yang perlu di baca dan difahami, masa tu jg la otak ne bertambah 'hang'....isu-isu pendidikan pd pendapat sy semakin hari semakin berlambak. everyday isu ini mesti ada di laman media. dan setiap isu itu jugalah yang perlu di titikberatkan oleh mereka yang akan menghadapi temuduga nanti.

dengan itu sy suda merangka plan pembacaan dan pemahaman sy terhadap apa yang perlu sy baca terlbih dahulu dan apa perlu sy baca kemudian, tapi actually semua pn sy baca randomly.

"sy baca NKRA"...ok c ayie pun tergedok2 buka page NKRA...
"sy baca FALSAFAH"...ok c ayie pn dengan tidak tetap pen
dirian baca falsafah...bla...bla...bla...

akhirnya semua maklumat bercampur aduk..thats y rasanya baik ada plan dalam memahami apa yang ingin difahami kan..lets enjoy apa yg sy telah baca,

sedang baca dan akan baca...








.
.
.








.
.

.








.
.
.


.
.

.


.
.
.


and so on....

banyak lagi sebenarnya nak kena baca dan fahami, tapi sy blum start cari maklumat lagi untuk yang lain. yang di atas ne pun da buat otak hilang fungsi untuk beberapa ketika.

apapun kena baca dengan sehabis baik, kena fahami juga sikit2, sesungguhnya usaha yang sedikit itu juga akan dibalas dengan setimpal, Insyaallah.

so untuk rakan2 seperjuangan yang lain, marilah kita sama menelaah dan berjuang untuk menentukan masa depan kita. ^^

hwaiting!!!

Thursday, February 19, 2015



Soalnya hati....
Sukar dimengerti...
Apa terjadi diluar kawalan diri...
* lirik lagu fauziah latiff.

Hati...
Hati.....
Hati.........

mengapa begitu mudah kau terpegun dengan kemanisan wajah,
mengapa begitu mudah kau terbuai dengan keindahan kata-kata,
mengapa begitu mudah kau teruja dengan janji-janji sang pujangga,

Hati...
Hati.....
Hati.......

kau sedar akan kau sedang terluka,
kau sedar akan kau yang sedang sakit,
kau sedar akan kau yang sedang menanggung beban,
tapi mengapa, mengapa mesti ko tidak mengendahkan itu semua?kenapa sanggup biarkan dirimu dilukai, disakiti, dihiris segala bagai?

Apakah benar kau mencintai?apakah benar kau menyayangi?apakah benar kau mengasihi?
sampaikan pada yang empunya hati, seandainya engkau telah temui penjaga mu, sekiranya engkau telah temui dia yang membuatmu bahagia, sekiranya engkau telah menemui dia yang mampu membuat mu kembali ceria.

Hati, terlalu kebalnya engkau menerima semua ini, tiap hari mu diisi dengan rasa yang silih berganti, apakah engkau tidak jemu?bosan?mual?

Sampaikan kepada empunya diri, sekiranya engkau tidak ingin disakiti, berilah tindakbalas dalam apa jua cara, berilah petunjuk dalam apa jua keadaan,

Hati.....hanya Kau yang mengerti....
(-_-)

Monday, February 16, 2015

Post paling...

Salam 2015... kbai.

Thursday, December 12, 2013

APA YG BEST DGN VIVIX NI?

cerita hari ni saya mau share pasal vivix Shaklee.. 
Vivix ni memberi kesan yg cepat & ketara SubhanAllah.. customer saya ni mengalami sakit2 badan secara keseluruhan.. wanita kalau dh bersalin memang badan dah kena jaga lagi lebih..bukan maksud jangan makan jaga ramping ya (yg ni ikut selera masing2 women are beautiful dah memang..) ..tapi maksudanya jaga pemakanan amalkan pengambilan makanan2/in this case Supplement yang boleh bantu kita replace maybe not 100% of what we lose tapi atleast ada gantian nya kn..tapi pasti ada yg kata kalo dah makan healthy napa lagi perlu ambik supplement?sebabnya..ambk cth sayur,sayur2 tu semua di spray racun untuk menghalang serangga perosak so kita cuci bersih2 nutriennya akan hilang bersama air..lepas tu sayur tu di masak pula so nutriennya makin berkurang.. so nutrien yang kita makan of coz jg turut berkurang kn..itu pun belum tentu badan kita dapat serap semua nutrien tu.. fuh panjang lebar..

so sambung cerita..i suggested vivix to her why bcoz vivix menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf.., after few days (about 3/4 days camtu) dia call saya & told me badan dia dah x rasa lenguh2 & sakit2 macam selalu Alhamdulillah & dia rasa bertenaga daripada selalu Alhamdulillah..dia ambik ni end of october,bulan lepas promo vivix dia pun stok byk2 Alhamdulillah Alhamdulillah..

selain itu testimoni bergambar ni pun best juga djadikan pelengkap sharing about Vivix..



Wednesday, September 11, 2013

What is Shaklee???

Who We Are

At Shaklee, we believe nature holds the answers to a long, healthy, and productive life.

Our story started almost 60 years ago with Dr. Forrest C. Shaklee, whose philosophy of Living in Harmony with Nature® fueled an ongoing movement to help people live happier and healthier.
Today, we are the number one natural nutrition company in the U.S., with offices worldwide, and the foremost experts in nutrition research. We go above and beyond industry standards every day to ensure that our products are Always Safe, Always Work, and are Always Green.
source: www.shaklee.com

Sunday, January 29, 2012

simpang mengayau

salam dan selamat subuh


Alhamdulillah akhirnya selamat juga sampai ke daerah Kudat. keadaan muka jalan yang tidak berapa baik sedikit melambatkan perjalanan. tapi alhamdulillah urusan rumah sewa pun dah selesai, cuma kena prepare barang yang kurang untuk keperluan rumah ni. sy tak dapat tidur since malam tadi, memang kebiasaan sekiranya pindah ke rumah baru.

sebelum sampai Kudat tadi sempat juga merehatkan diri dan minda di Simpang Mengayau, sapa yang tak tahu tentang tempat ni memang rugi. the tip of borneo julukan nama diberi sebab berada di puncak borneo, kita dapat tengok kepulauan filipina dari tempat ni. tenang, nyaman, indah, menakjubkan...Subhanallah. tak terucap dek kata-kata untuk menghuraikan keindahan Simpang Mengayau ni. terdetik rasa hati untuk tinggal di sekeliling kawasan Simpang Mengayau sebab setiap kali tenung lautnya yang biru tu buat hati tenang. satu nikmat yang sangat hebat.

sy nak show beberapa gambar semasa berada di Simpang Mengayau ni:

.
.
.

Simpang Mengayau, The Tip of Borneo


i was here, at the tip of borneo


could u describe what u feel?


could u see an island on the right side of this pic? thats Philippines!


seems it is easy to go down there...in fact, u will get heart attack


where am i?

indah kan pemandangan dalam setiap gambar tu? ignore the models, just enjoy the background, hee. so marilah cuti-cuti Sabah, banyak untuk diterokai, banyak untuk dihayati.

i love Sabah!!!

Monday, January 23, 2012

Pengalaman Baru Bakal Tiba

Salam
KUDAT

hanya tinggal beberapa hari lagi untuk aku menghabiskan waktu sebagai seorang insan yang bergelar penganggur, setelah berbulan (hampir setengah tahun) menjadi penganggur berjaya akhirnya panggilan untuk guru interim memberikan sinar bahagia. mana tak bahagianya selama ni duk mengharapkan jak kerja. 

KUDAT...adalah daerah yang bakal menyambut kedatangan ku, menunggu untuk aku memberikan yang terbaik kepada anak bangsa, mengharapkan aku mampu memberikan yang terbaik untuk masa depan mereka, daerah yang belum pernah ku jejak, daerah yang belum pernah ku terokai. tetapi itulah hakikatnya, bermula dari engkau memasuki alam universiti dan berada dalam kos pendidikan, secara automatik engkau telah menyerahkan seluruh jiwa dan ragamu untuk segala apa yang bakal berlaku. kerana pada tika dan waktunya engkau menanam dalam hati untuk menjadi seorang guru, secara automatiknya engkau telah berikrar untuk menurut segala apa yang ditentukan untuk dirimu termasuklah aspek tempat mngajar. oleh yang demikian tiada alasan untuk aku mengatakan 'tidak' kepada KUDAT. aku berbesar hati untuk melangkah ke daerah yang berada di puncak sabah, yang terkenal dgn tempat pelancongan yang menarik. 

KUDAT, be nice to me...terima diri ini seadanya, temani diri ini sepanjang berada bersamamu, ajarkan diri ini kehidupan berdikari, penuhkan diri ini dengan pengalaman menarik bersamamu, kuatkan diri ini sepanjang bertemankan mu tanpa ada saudara mara.

KUDAT, sesugguhnya telah ditetapkan olehNya bahawa disinilah rezeki ku, rezeki yang perlu ku cari, ku usahakan...ku gagahkan hati ini untuk melangkah ke arahmu, walaupun ternyata aku sudah mula rindu akan saat-saat bersama keluarga. walau apapun berlaku, tanggungjawab sebagai pendidik adalah tugasku, akanku galas amanah itu. Semoga segala usaha yang dicurahkan mendapat keredhaan dariNya.

yang menurut perintah.