KUDAT
hanya tinggal beberapa hari lagi untuk aku menghabiskan waktu sebagai seorang insan yang bergelar penganggur, setelah berbulan (hampir setengah tahun) menjadi penganggur berjaya akhirnya panggilan untuk guru interim memberikan sinar bahagia. mana tak bahagianya selama ni duk mengharapkan jak kerja.
KUDAT...adalah daerah yang bakal menyambut kedatangan ku, menunggu untuk aku memberikan yang terbaik kepada anak bangsa, mengharapkan aku mampu memberikan yang terbaik untuk masa depan mereka, daerah yang belum pernah ku jejak, daerah yang belum pernah ku terokai. tetapi itulah hakikatnya, bermula dari engkau memasuki alam universiti dan berada dalam kos pendidikan, secara automatik engkau telah menyerahkan seluruh jiwa dan ragamu untuk segala apa yang bakal berlaku. kerana pada tika dan waktunya engkau menanam dalam hati untuk menjadi seorang guru, secara automatiknya engkau telah berikrar untuk menurut segala apa yang ditentukan untuk dirimu termasuklah aspek tempat mngajar. oleh yang demikian tiada alasan untuk aku mengatakan 'tidak' kepada KUDAT. aku berbesar hati untuk melangkah ke daerah yang berada di puncak sabah, yang terkenal dgn tempat pelancongan yang menarik.
KUDAT, be nice to me...terima diri ini seadanya, temani diri ini sepanjang berada bersamamu, ajarkan diri ini kehidupan berdikari, penuhkan diri ini dengan pengalaman menarik bersamamu, kuatkan diri ini sepanjang bertemankan mu tanpa ada saudara mara.
KUDAT, sesugguhnya telah ditetapkan olehNya bahawa disinilah rezeki ku, rezeki yang perlu ku cari, ku usahakan...ku gagahkan hati ini untuk melangkah ke arahmu, walaupun ternyata aku sudah mula rindu akan saat-saat bersama keluarga. walau apapun berlaku, tanggungjawab sebagai pendidik adalah tugasku, akanku galas amanah itu. Semoga segala usaha yang dicurahkan mendapat keredhaan dariNya.
yang menurut perintah.
No comments:
Post a Comment