Assalammualaikum n Hai Viewers
lain macam tajuk entry kali ni kan. entri kali ni ada kaitan dengan buku Neil Pasricha berkenaan 1000 AWESOME things happen in a life.
Sebenarnya sy bukan nak reveal apa yang ada dalam buku tu, cuma aplikasikan isi kandungan buku dalam kehidupan kita khususnya kehidupan sy. Selepas baca buku tu, sy refresh balik kehidupan dahulu dan sekarang. "kenapa aku jadi mcm ne?"..."kenapa aku x jadi mcm dia?"..."knp aku x buat mcm tu?"..."knp aku buat mcm ni?"...ayat2 yg sentiasa bermain di fikiran bila terjadinya perkara yang sy x suka ataupun sy regret sesuatu perkara.
after baca beberapa entri dalam buku tu, terbuka jugalah minda ni untuk pandang sesuatu dari sudut yang positif. seremeh-remeh sesuatu perkara pun, bila ia buat kita tersenyum itu bukanlah perkara remeh. tapi itu perkara Ousem!!!...bila mana sebagai contoh, pada suatu ketika kita nak masuk tandas awam yang perlu bayar 20sen, tapi kita tahu dalam wallet hanya ada kepingan rm50, yang ousemnya bila pada masa yg sama kat poket seluar ada syiling 20sen yang selama ni kita xtahu pun ada kat situ. confirm, masa ni kita say 'alhamdulillah'...xkanla nak bagi rm50 dengan makcik jaga tandas tu kn...percuma kena perli nanti.
di sini sy nak share beberapa perkara Ousem yang pernah happened dalam hidup sy, itupun yang sy still ingat lagi. perkara yang remeh pada sy tapi hakikatnya benda-benda remeh ne la sebab dan musabab untuk kita tersenyum...semestinya certain perkara ne pernah happen dengan viewer juga kn...so lets enjoy the perkara remeh n make sure lepas ne kita hargai segala perkara remeh ni ok!
OuSem-OuSem in my Life
kisah masa kat asrama/hostel smk sandakan, susah sangat nak manage masa masa hidup kat asrama ni. setiap hari mesti dok fikir mcm mn nak jadikan setiap aktiviti berjalan lancar. fenomena yg sering buat sy down masa nak mandi...mesti kena 'booking' dl..."lepas kamu mandi ada orang x?"..."lepas aku mandi c anu binti anu yang mandi..".perghhh..boleh2 booking tempat mandi awam...yang ousemnya, bangun awal pagi, matahari pun blum muncul lagi, tgk kolah mandi di bawah banyak 'empty space'...jenguk toilet pun kosong..."yes hari ne aku siap awal nak g skolah"...perkara sekecil zarah yang mampu buat sy tersenyum dan tak mustahil buat sy ketawa kecik masa tu...(^^,)yeah that is ousem...
kisah menaiki bas, naik bas masa kat U memang skema berabis...siap ada barisan lagi.hebat la kan, memang patut pun buat gitu untuk membentuk disiplin pelajar, yang x bestnya kita dah baris dan barisan tu pun dah panjang yang boleh masuk Book of Records, bila ada student yang baru turun dari hostel dengan rileknya terus menuju ke barisan hadapan tanpa segan silu dan tanpa rasa bersalah. "thats my fren"...mentang2 kawan ko dah baris kat depan, ko secara otomatiknya boleh potong line la...sgt x ousem kan. tapi yg ousemnya, bila bas dah sampai, sy tgk ramai sgt orang berpusu-pusu naik bas ne, sempat ke tak sempat sy naik bas ni. barisan jauh kat belakang, bas boleh muat 40 orang je...dup dap-dup dap-dup dap...degupan jantung.... yeah! dapat tmpt duduk kosong yang terakhir, sy adalah penumpang ke 40 yg dapat empty seat untuk di labuhkan punggung. leganya...xpayah nak bdiri dengan buku setebal 3 inci kat tangan, beg laptop sekilo lebih x termasuk dengan benda lain yang sy sumbat kat dlm beg tu.
kisah di jalan raya, honestly sy pemandu kategori P, yang seharusnya menuruti segala peraturan/undang2 jalan raya bagi mengelakkan lesen sy digantung. sy seorang yang cuba meminimumkan penggunaan jalan raya selama 2 tahun dengan tujuan sy tidak terikat dengan undang2 pengguna jalan raya P. tapi sy adalah pemandu yang akan menggunakan sticker P walaupun umur sy mencecah 50 tahun, Insyaallah. (^^,)...apa yang ousem masa kat jalan raya, lebih2 lagi kita adalah sebagai pemandu di atasnya. yg ousemnya bagi sy sgt banyak ya, tapi yg sangat ousem ialah bila keadaan jalan raya tenang dan kurang kenderaan, tenang disini sy describe kn sebagai sy boleh potong kereta tanpa perlu tggu masa yang sesuai, sy boleh masuk lorong tanpa perlu turn on signal sy dengan jangka masa yg lama. dan pada masa ini juga frekuensi untuk org belakang hon atau cucuk kita adalah minimum. yeah ousemnya keadaan ini kepada seorang amatur yang mempunyai huruf P pada sisi depan dan belakang keretanya. (^^,)
kisah kat hostel sebuah U, dulu masa mula-mula masuk U sy x terfikir pun akan wujudnya kes baju hilang. lebih tragik la sy kata kes curi baju. sy rasa dan sy yakin setiap U tidak ketinggalan dengan isu ini. menghairankan bukan bila wujudnya kes pelajar U curi baju rakan lain. x senonoh betul. mungkin juga ada yang tuduh studen tu yang tggl kat bilik atas yg curi ni, ataupun student tu yg tggl kat bilik bawah, x kurang juga yang tuduh makcik cleaner kot, tuduh sesiapa pun, baju dah hilang nak buat mcm mn kan. hanya mampu menggelengkan kepala melihat mangsa-mangsa kejadian yang terpekik mamaki hamun pemangsanya. yg Ousemnya...baju sy x pernah kena curik pun masa tinggal kat hostel, jgn mula nak tuduh sy pla pencuri baju rakan lain. senang je tips supaya baju x kena curi ni... jangan jemur baju branded korag kat ampaian public tu. beruntung orang yg sidai baju murah2 mcm sy...(^^,)
.
.
.
.
.
.
banyak lagi perkara ousem dalam kehidupan ni, tapi entry kali ne cukup 4 dulu sy selitkan, the rest nnt sy kongsi untuk next entry. semoga entry kali ni ada yang buat viewer sy tersenyum. senyuman itu menandakan yg kt ada kisah ousem yang serupa. hope lepas ne, sekiranya ada perkara yang kita rasakan remeh tapi mampu buat kita tersenyum, itu adalah perkara yang hebat sebenarnya. keadaan ini akan mengajar kita untuk berprasangka baik ke atas setiap perkara.
Ousem kan diri anda dengan perkara-perkara yang Ousem
No comments:
Post a Comment