Friday, December 23, 2011

SCRABBLE a.k.a SAHIBBA

Assalammualaikum


Lamanya sy memerap kat Kota Kinabalu ni, rindu da dekat kampung halaman sangat2...rasanya da nak hampir sebulan sy kat kk ni, InsyaAllah isnin ne sy akan pulang ke Sandakan.
selama kat KK ne terasa juga kebosanan akibat dari pengangguran yang memanjang. bukan xmau cari kerja sampingan tapi sy malas skit nak cari sebab nnt nak return lagi ke sandakan. tu yang jad malas nak search tu. untuk mengurangkan rasa bosan dan mengisi waktu lapang sy ne, akhirnya sy telah jumpa permainan yang dapat buat waktu sy diisi dengan perkara2 yg berfaedah (^^,)v

SCRABBLE @ SAHIBBA, ya inilah dia permainan yang menjadi teman sepanjang sy bosan kat rumah. Permainan ni nampak mudah tapi sebenarnya perlukan kreativiti yang tinggi untuk bermain. kepada yang tak tahu, permainan scrabble ne adalah permainan papan (board) yang memerlukan 2 hingga 4 orang pemain yang akan mengumpulkan markah atau poin yang dibentuk dari kepingan huruf yang disusun di atas papan permainan berkotak(15 x 15).

permainan akan dimulakan dengan mengambil 7 biji huruf yang dicatat di atas kepingan 4segi sama tanpa dilihat oleh pemain (randomly). pemain akan berusaha untuk membentuk ayat secara mendatar atau menurun sehingga keseluruhan buah huruf tersebut habis. pemain yang dapat markah tertinggi dikira sebagai pemenang.



permainan ini dikira mencabar kerana memerlukan kreativiti pemain untuk menghasilkan perkataan yang banyak hanya dengan menggunakan bilangan huruf yang minimum dalam satu jangka masa. perkataan yang panjang tidak semestinya menghasilkan markah yang banyak. berbanding dengan hanya menggunakan 1 atau dua buah huruf yang digabungkan pada perkataan sebelumnya menghasilkan perkataan yang lebih. oleh yang demikian, penguasaan perkataan terutamanya perkataan yang terdiri daripada dua huruf (sekiranya pemain bermain dalam versi bahasa inggeris). terdapat beberapa huruf sakti yang dapat memberikan markah yang banyak untuk pemain iaitu K, J, Q, Z dan X dengan syarat pemain tahu perkataan yang didirikan menggunakan huruf tersebut.

amcm? mencabar dan seronok kn? sebelum balik sandakan niat hati nak beli scrabble juga. nak ajak anak buah n kakak main sama. hehe...hari tu ada survey kat kedai buku, terjumpa beberapa jenis SCRABBLE kat sana (harga pun boleh tahan) ^^. nak tahu apa jenis SCRABBLE yang ada? tengok kat bawah ne:





1. yang ne TRAVEL SCRABBLE. harga dia dalam rm90+++. sy x berapa ingat sbb jenguk sekali je. yang ne cantik sbab kat board doa tu ada pagar. pagar supaya buah huruf kita x bergerak sekiranya kita nak buat perkataan. Best kn...yang seterusnya
2. yang ne MAGNETIC SCRABBLE...yang ne mcm "travel' tadi juga. senang kita nak bawa g mana2. cuma yang ne lebih ringkas dan padat.hehe...yang ne kalau tak silap harga dia dlm rm50+++

3. yang ne DELUXE SCRABBLE..diperbuat daripada kayu yang bermutu tinggi (rasanya) sebab harga dia rm200+++. sbb tu sy agak kayu tu yang mahal. tambahan dengan design dia yg agak unik....


nak ikutkan hati mmg suka tengok yg deluxe ni, tapi nak tengok kn bajet mampu yang travel je la...janji corak permainan dia sama...eh lupa nak upload lagi satu. yang ni Malaysia punya...SAHIBBA, harga dalam rm50+++ kalau rasa nak lg jimat boleh beli yang macam gambar kat bawah ne:
So dah tengok semua jenis Scrabble? sy memang da addict dgn game ne. sy selalu bukak facebook, tapi sy bukak facebook pun sbb nak main scrabble secara online.^^

sampai sini coretan untuk hari ini...doakan sy dapat beli SCRABBLE set tu ye...main online xbest, nak real juga...hehe

SALAM

No comments:

Post a Comment