Thursday, June 24, 2010

hari-hari penuh debaran

hari ni merupakan hari ketiga aku sebagai guru praktikal di SMESH ne...
sekolah yang menjadi kebanggaan seluruh sabah dimana mendapat ranking yang pertama di negeri ni...
disebabkan reputasi yang tinggi tu kerja-kerja pentadbiran haruslah mantap supaya reputasi tidak jatuh dan terus meningkat...
disebalik reputasi yang tinggi tu lah berdirinya seorang guru yang bertanggungjawab untuk memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar...
dan sebagai trainee teacher aku harus melalui semua ini agar bila posting nanti aku tidak seperti kera sumbang dalam kumpulan guru-guru baru...

hari ni aktiviti Perfect Score dijalankan di UMS..
program ni hanya untuk sekolah berasrama penuh dan melibatkan Sek Men Sains KK, Lahad Datu dan Labuan...
kami hanya bertugas di siang hari sebagai guru pembimbing...
agak seronok juga coz balik ke sekolah sendiri (SPPS)...
masa kat sekolah sempat juga menemui pensyarah pembimbing, Dr. Zaki, Prof Zul dan juga Dekan.
peralatan untuk kajian lanjutan juga telah dipinjam supaya kajian cepat siap aku buat...

penat tu memang lah penat..
tapi at least hal macam ni membuatkan guru praktikal bekerjasama dengan guru-guru lama dan seterusnya mempelajari sesuatu yang baru....
sebelah malam pula jaga prep...
masa tu lah sembang dengan students tentang study dorang...
ada juga yang sempat bertanya tentang facebook...macam-macam ragam aku jumpa...

yang tidak terjangkau oleh akal ni aku boleh pula tadi marah student dalam makmal komputer...
bukan apa dorang boleh online kat dalam tu sedang rakan lain study di kelas...
bijaknya dorang kunci pintu so bila ada yang ketuk dorng boleh minimize window...
yang tak bijaknya dorang tak perasan aku boleh nampak segala aktiviti dorang melalui tingkap..
sempat juga aku rasa kasihan..taulah students stay kat asrama..masa-masa tu jak boleh bersosial dengan dunia luar...
so ada lebih kurang 15min jak lagi waktu prep nak habis aku biarkan jak dorang main...
susah juga jadi cikgu ne kalau perasaan tak dapat kawal...
baik sangat susah...jahat sangat pun susah...
esok kena pergi Kg. Kawang lagi ada aktiviti Kem Bahasa Arab...
so xdapat post entry la dalam beberapa hari...huhu...
semua ni aktiviti yang diatur untuk kami involve...
ikut rasa hati tak mahu aku nak join..
atas nama tugasan dan tanggungjawab...SABAR JE LAH....

so sampai sini sahaj dulu jurnal untuk waktu praktikal aku...
ada masa sambung lagi...
salam

No comments:

Post a Comment